Welcome to my world

Welcome to my world

Sunday, November 9, 2008

Melayu oh melayu..

Pendedahan akhbar siasah bilangan 0122, 64503 orang melayu tidak beragama Islam. Statististik drp Jabatan Perangkaan Malaysia 4766 penduduk melayu di semenanjung beragama Kristian, 552 beragama Hindu, 746 Buddha, 456 Confucius, 44317 agama suku kaum dan 13666 melayu tidak beragama. statistik ini hasil bancian pada tahun 1980.

Persoalannya...... adakah angka-angka dan statistik ini memberi sebarang erti bagi anda? atau anda merasakan ....... benda kecil saja....! ramai lagi yang Islam.....! akhir zaman.....! atau bagaimana dan apa yang berada di fikiran anda ketika ini?

Perlembagaan kita mendefinasikan Melayu sebagai orang yang berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan Islam adalah agama anutannya. fikir-fikirkan... Alam melayu melalui tamadun yangtidak menentu, zaman gelap, animisme, dinamisme, hindu-buddhaisme, Islam.. Mujurlah Islam singgah terlebih dahulu di tanah melayu sebelum alfonso de albuquerque. Jika tidak?...

Setelah 51 tahun mengecap kemerdekaan tamadun islam pula melalui dunia yang pelik... Islam sekular, Islam liberal, Islam Hadhari dan Islam ........... ntah apa lagi jenama Islam selepas ini.

Dunia hari ini lebih banyak menghidangkan penyakit berbanding ubat. Jadi tidak hairanlah angka-angka diatas diperolehi. Sekelompok mahu Islam memerintah, sekelompok lagi mahu Islam di perintah dengan alasan "Islam ni suci tidak boleh bercampur dengan unsur-unsur keduniaan yang kotor ini".. fahaman salah yang disemai di kalangan orang melayu hari ini. sekali lagi angka-angka ini mempunyai asas yang kukuh untuk sentiasa bertambah. Kesenangan dan kemewahan membawa manusia hanyut. tak sempat berpaut walaupun pada ranting-ranting iman yang terhidang untuk digenggam.

Waakhiran, tepuk dada tanya iman, mampukah aku berdiam diri melihat angka-angka ini terus bertambah dari hari ke hari..?. sempurnakah imanku dengan hanya berdiam diri terhadap fenomena ini?, pandanglah! lihatlah! siapa kita?, dimana kita? untuk apa kita disini?.. wassalam fikir-fikirkan..........

No comments:

Nasyid FM

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP