Menara gading menjadi sebutan di zaman kanak-kanak, menjadi impian di zaman remaja, menjadi kenyataan di permulaan dewasa. Melangkah dengan bergaya berbekalkan keazaman untuk menjadi manusia berguna suatu hari kelak. “
Universiti dilihat sebagai tempat yang sangat eksklusif. Didiami oleh mereka yang bijak pandai, bakal-bakal pemimpin, para cendiakawan dan segala macam kehebatan. Prof, prof madya, Doktor, ustaz ustazah dan pelbagai lagi nama-nama hebat bertakhta di lembah ilmu bernama universiti ini. Dato’, datin, tan sri, puan sri juga ada di sini bak pasaraya tempat menjual pangkat dan darjat. Bagi Universiti Islam Kebangsaan yang mana kewujudannya di atas air mata dan keringat rakyat sudah pasti tersemat suatu sejarah yang panjang, suka duka, sedih dan ceria. Jika 37 tahun dahulu menjadi mahasiswa kini sebagai bapa mahasiswa. Putaran roda silih berganti sedikit sebanyak membentuk landskap mencorak golongan mahasiswa.
Bagi mahasiswa Islam, mereka juga melalui setiap perubahan yang berlaku. Samada ketinggalan atau jauh kedepan atau seiring sejalan, mereka juga memberi sesuatu kepada bangsa dan negara. Bezanya, mahasiwa hari ini mungkin sedikit terlena dalam keselesaan, hanyut dengan kemewahan. Mereka dalam suasana yang disebut “comfort zone”.
Mahasiswa comfort zone ini mempunyai cara hidup mereka yang tersendiri, 3K juga sinonim dengan mereka. Kuliah, kafe, kolej menjadi destinasi harian, mingguan, bulanan dan tahunan mereka. Kalau ada UFO mendarat di
Di mana silapnya? Salah ibu mengandung?. Sama-samalah kita fikirkan, apakah ubat terbaik untuk mereka. Mahasiswa perlu sedar mereka berada di universiti bukan untuk 3K, mereka perlu lebih dari itu. Masyarakat di luar memerlukan kepintaran dan kehebatan mereka. Jika mereka hanya ada 3K, apa yang mampu mereka berikan, orang kampung tidak akan bertanya “buku apa yang kamu baca?, berapa pointer kamu?” mereka akan bertanya lebih dari itu.
2 comments:
Mahasiswa perlu lebih berani menonjolkan idealisme mereka... masuk universiti bukan semata-mata untuk segulung ijazah..
mengharap senang dalam berjuang, bagai merindu rembulan di tengah siang, jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba.... we unite for islam
Post a Comment