Welcome to my world

Welcome to my world

Wednesday, November 12, 2008

Soalan Bocor....!!!

Semangat betul nak pergi exam hari ini, study sikit je tapi takpe insyAllah boleh jawab. Kena pakai smart-smart ni, nanti pemeriksa tengok, pensyarah tengok ada chance dapat markah lebih ckit. Pakaian aku hari ini?..... putih la matang sikit.

Bab nak exam ni…….Terflintas satu perkara, Alangkah bestnyer kalau dapat soalan bocor.. tapi bila bab soalan bocor ni terfikir pula benda lain.. nak join exam yang memang wajib ni, pakaian mesti putih, atas sampai bawah.. tiga lapisan pulak tu. Yang nak exam sorang je, yang mengiring ramai sangat, siap bawa payung lagi. Nak teduh sikit, cuaca panas.. Sebelum nak bergerak baca al-fatihah dulu, pengiring la yang baca. Sampai tempat exam sorang-sorang je masuk, pengiring tadi tunggu je kat luar, diaorang tolong lagi pimpin masuk bilik exam.

Bilik exam tu sejuk,, 7 X 3 kaki. Muatla untuk seorang. Kemudian dah siap kedudukan nak exam, pintu pun ditutup. Tinggal la sorang-sorang kat dalam bilik tu.. tengah mengelamun sambil fikir-fikir jawapan yang nak dijawab tiba-tiba datang 2 pemeriksa, ”exam kat sini tak pakai pen dan kertas. Jawab secara terus. Soalan kamu dah tahu sejak umur kamu 15 tahun. Soalan dah bocor! ”. Dah bersedia nak jawab?...

Siapa Tuhan kamu?

Siapa Nabi kamu?

Apa Kitab kamu?

Siapa Imam kamu?

Siapa saudara kamu?

Mana Qiblat kamu?...............

Muhasabah untuk diri, soalan yang kita dah tahu sejak mula kenal dunia. Sejak kenal ABC, alif ba ta. Soalan-soalan yang diketahui oleh semua lapisan manusia. Tetapi....... berapa ramai dari kita yang bersedia untuk menjawabnya?.. berbanding persediaan menjawab soalan yang belum tahu apa yang nak ditanya.. Persediaan menghadapi exam dunia sangat mengagumkan.. tak salah tapi soalan yang dah tersedia bagaimana pula persediaannya?........ renungkan dan fikir-fikirkan.... SOALAN DAH BOCOR!

1 comment:

Qamarun said...

subhanallah..entri yang menyentak tangkai jantung hatiku..syukran untuk perkongsian ini..pengunjung baru n ni entri first yang dibace..minta izin kasi link blog ni pada kawan blogger lain..

Nasyid FM

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP