Welcome to my world

Welcome to my world

Sunday, October 19, 2008

Undang-Undang Islam

Apakah itu hukum hudud? Mengapa ia seringkali menjadi isu sensitif dan kontroversi apabila dibicarakan oleh umat islam moden sekarang? Perkataan "hudud" adalah perkataan gandaan daripada "had". Dalam kamus Arab, "had" bererti 'sekatan'. Ia juga bermaksud memisahkan antara dua perkara atau menghabiskan sesuatu atau mencegah seseorang daripada melakukan kesalahan dan sebagainya. Kita juga mendapati perkataan Arab hudud (tunggal : had) boleh bermaksud sempadan atau batasan. Dalam erti kata lain, Tuhan telah meletakkan sempadan atau batasan bagi tiap-tiap perkara ; selagi manusia tidak melampau sempadan atau batasan itu, ia selamat. Umpamanya, seorang manusia perlu makan , bekerja, tidur atau rehat, tetapi jika ia melakukan perkara-perkara ini secara berlebihan ia akan ditimpa mudarat. Tetapi jika ia tidak langsung melakukan perkara-perkara ini ia juga akan ditimpa mudarat. Perkataan hudud telah disebut sebanyak 14 kali di dalam ayat al-Quran. Satu daripadanya di dalam surah Ali-Imran ayat 229


"Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim"

Definisi Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan secara mutlak oleh Allah Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadits-hadits (shahih). Hukuman hudud adalah hak Allah Ta'ala yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh pula diubahsuai dan dipinda. Dari segi prinsip pula,hukum hudud berprinsip bahawa lebih baik tersalah dalam melepaskan orang yang bersalah daripada tersilap dengan menghukum orang yang tidak bersalah.

Hudud merupakan salah satu undang-undang “uqubah” Islam yang wajib dilaksanakan di sesuatu tempat yang dikuasai oleh umat Islam. Perlaksanaannya telah diwajibkan oleh Allah SWT dan Nabi SAW disamping dikuatkan melalui ijmak ulama.

Dr Muhammad Said Al Syaddar Al-Ghamizi”, seorang pensyarah di Universiti Al-Imam Muhammad bin Suud Al-Islamiyyah. Beliau menyatakan bahawa “Uqubah Islamiyyah” terbahagi kepada dua, iaitu seperti Uqubah yang ditetapkan daripada Syarak, tiada ruang untuk berijtihad dengannya dan Uqubah yang diizinkan kepada pemerintah berijtihad membataskannya. Pada ‘Uqubah yang ditetapkan oleh syarak, yang tiada ruang bagi pemerintah berijtihad ini terbahagi kepada dua, iaitu Hudud dan Qisas. Adapun ‘Uqubah yang diizinkan kepada pemerintah berijtihad, dikenali sebagai undang-undang ta’zir.

No comments:

Nasyid FM

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP