Welcome to my world

Welcome to my world

Monday, October 20, 2008

Politik Islam

Persoalan politik sentiasa menjadi perbincangan samada di peringkat menengah mahupun peringkat bawahan. Ulasan dan pendapat yang dikemukan oleh kebanyakan masyarkat kadangkala meleset dari persoalan sebenar dunia politik. Walaubagaimanapun pandangan yang pelbagai tidaklah menjadi masalah bahkan sangat baik agar kita dapat menambahkan lagi ilmu-ilmu baru yang belum dipelajari. Dunia barat dan Islam mempunyai pandangan yang berbeza mengenai politik. Islam meletakkan politik sebagai salah satu cabang dalam Islam manakala barat meletakkan bahawa politik tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama. Kebencian barat terhadap institusi agama disebabkan kongkongan gereja sebelum zaman revolusi perancis menyebabkan mereka melepaskan kebencian mereka terhadap agama Islam seterusnya menggagaskan bahawa agama dan politik berada pada benua yang berbeza dan sama sekali tidak boleh beriringan.


Politik merupakan aktiviti yang melibatkan soal pentadbiran negara dan persaingan untuk mempertahan dan mendapatkan kuasa. Terdapat beberapa istilah di dalam al-Quran yang mengisyaratkan kepada makna politik. Antaranya khalifah (al-Baqarah : 30) hizb (al-Maidah : 56) syura (al-syura : 38) al-mulk (yusuf, wali (al-nisa : 75) dan lain-lain. Istilah-istilah ini menunjukkan kepada prinsip kuasa, pemerintahan atau urusan pentadbiran. Hadith nabi yang menunjukkan kepada konsep poliitik ialah antaranya sabda Baginda s.a.w yang bermaksud

setiap kamu adalah pengembala (pemimpin) dan kamu akan ditanya tentangnya”.

Politik mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Islam tidak memisahkan soal keduniaan dan keagamaan dengan politik. Malah politik dianggap sebagai wasilah atau jalan yang boleh membawa kepada tercapainya matlamat untuk memartabatkan agama. Al-Mawardi seorang tokoh ulama terkemuka Islam dalam bidang sains politik menekankan kepentingan kuasa politik untuk memartabatkan agama. Ungkapan hirasatu al-din wa siyasatu al-dunya bihi oleh al-Mawardi ditujukan terhadap orang yang berkuasa.


Mereka yang mempunyai kuasa politik perlu memahami bahawa kuasa politik adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah dan akan disoal di akhirat kelak. Sunnah Rasulullah juga menampilkan keperluan kuasa politik sebagai metode dakwah. Malah dakwah Rasulullah menjadi lebih berkesan setelah wujudnya kuasa politik.


Kesimpulannya. Politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Ia perlu bergerak seiringan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Keperluan antara keduanya ibarat isi dan kuku, lagu dan irama. Memanfaatkan kuasa politik untuk menegakkan Islam adalah satu tuntutan. Menegakkan sebuah negara yang di dalamnya terlaksana nilai-nilai Islam merupakan satu kewajipan. Musuh-musuh Islam berlumba-lumba memahami dunia politik dan menggunakan kesempatan politik untuk menguasai negara dan dunia. Umat islam hanya duduk diam sahaja kerana menganggap urusan negara tidak perlu dicampuri, bukan urusan kita, politik kotor, tidak boleh dicampur dengan agama yang suci dan pelbagai pandangan kuno yang lain menyebabkan umat Islam semakin jauh ketinggalan. Kewujudan gerakan islam yang menggunakan wadah poltik untuk memartabatkan Islam sewajarnya dilihat secara positif oleh seluruh umat manusia. Dengan cara ini impian untuk melihat Negara Islam direalisasikan dalam kehidupan akan tercapai.



No comments:

Nasyid FM

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP