Welcome to my world
Monday, November 15, 2010
Rileks minda...
Tuesday, November 2, 2010
Minyak naik... berapa naik...? banyak naik...
| Nazri Abdullah (harakahdaily.net) |
| KUALA LUMPUR, 2 Nov: PAS mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan Umno BN di atas keputusan menaikkan 5 sen harga petrol RON 97 bermula tengah malam tadi. Ketika diminta mengulas perkembangan terbaru itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli secara sinis turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sekali lagi menyusahkan rakyat. "Tahniah, sebab terus menerus buat keputusan yang menyusahkan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai hari ini tanpa sebarang pengumuman. Berikutan itu, harganya kini menjadi RM2.15 seliter. Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah. "Nampaknya kerajaan sekali lagi mengambil kesempatan tarik subsidi rakyat, kita tak dengar pun ada kenaikan minyak di pasaran dunia."Ini terbukti kerajaan akan terus naikkan harga barang, tak kira waktu pilihan raya atau tidak," katanya. Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011 sebelum ini mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion bagi menarik pelabur dan pelancong. Bagaimanapun menurut Hatta, dengan keputusan menaikkan harga minyak tersebut, membuktikan bajet yang dibentang mementingkan projek mega dari keperluan rakyat. "Kita bercakap tentang kedudukan kewangan negara yang mantap, dalam masa sama kerajaan alihkan beban kepada rakyat. "Saya ingatkan kepada rakyat terutama pengundi Galas dan Batu Sapi bahawa akan ada lagi kenaikan harga barang diumum kerajaan Umno BN selepas ini," katanya yang juga Koordinator Protes. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim di Dewan Rakyat hari ini bagaimanapun menjelaskan, kenaikan tersebut adalah biasa kerana harga petrol RON 97 sebelum ini diletakkan dalam apungan dan boleh meningkat mengikut pasaran dunia. |
Friday, October 22, 2010
Panas..
Tapi..
Itu panas fizikal, kira ok lagi.. yang lebih panas bila ada manusia yang buat onar di bumi malizi ni.. buat pertunjukan fesyen Islam.. dahsyat, panas sampai berpeluh-peluh tengok model-model menggayakan fesyen Islam abad 21 ni.. fuhh.. begini rupanya Fesyen Islam. dari mana pun tak tahulah asal usul fesyen macam tu. terlebih moden. yang sedihnya, penganjur sedikit pun tak rasa bersalah.. apa nak jadi, tak tahulah.. mungkin itulah yang nak ditunjukkan kepada rakyat malizi ni.
Melihatkan kepada penaung kepada pertunjukan fesyen tu...(Datin Seri Ros) hmmm. patutlah begitu jadinya pertunjukan tu...
Yang ni lah yang paling panas ketika ini.. Mana perginya Ulama muda di dalam kapal Datin seri Ros tu yang dulu katanya nak berdakwah kepada ahli kapalnya... bukan main lagi, tegur sana tegur sini.. Datin dalam kapal tak nampak pula..
Harapnya bertaubatlah wahai mereka yang jadi penganjur, penaung, penaja, pengundi yang telah menyokong program seumpama itu.. kembalilah ke pangkal jalan. pilihlah Islam yang sebenar bukannya Islam jahiliyah seperti yang ditunjukkan oleh Datin Seri Ros tu...
Monday, October 18, 2010
Return....
Tuesday, February 17, 2009
257411
BAYAN BARU, 16 Feb - Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Mumtaz Mohd Nawi.
Ujarnya, beliau juga turut kesal ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat.
"Kerajaan perlu mengisytiharkan beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan ini. Kita tidak mahu kegagalan menanganinya menyebabkan bertambah bilangan anak yang tidak berbapa di Malaysia," tegasnya.
Menurut beliau, jika penyakit sosial kerajaan bertungkus lumus mencara formula inikan pula penyakit moral yang pastinya lebih mencengkam bila usaha ke arah itu tidak dijalankan segera.
Justeru, kerajaan wajar mengemukan pelan terkini ekoran golongan terbabit merupakan golongan yang tidak maruah dan perlukan pemerhatian yang tinggi, katanya.
"Tidak berguna jika kita mempunyai pokok yang mati sedangkan kita memerlukan pokok hidup yang boleh membantu pernafasan kita setiap hari. Begitu juga dengan moral ia patut dipelihara bukan dibiarkan," terang Mumtaz lagi.
Sunday, January 4, 2009
Palestin Berdarah lagi

Sudah berkali-kali kali mendengar pelan damai, gencatan senjata, resolusi, sidang tergempar dan sebagainya.. sudah beribu nyawa terkorban namun kehidupan mereka tidak berubah. Terus diancam dan diserang. Kanak-kanak, ibu tunggal, anak yatim semuanya menjadi mangsa. Tidak ada seorang pun terkecuali hatta orang cacat sekalipun. Yahudi laknatullah mengganas tanpa mengira batas dan sempadan. Bagi mereka, selain daripada yahudi adalah haiwan yang halal dibunuh dan mesti dihancurkan.
Hari ini sudah 60 tahun yahudi bermaharaja lela. Kaum pendatang yang tidak sedar diuntung. Dulunya bangsa merempat, menumpang, mengemis kini berkuasa, angkuh dan sombong. Habis seluruh dunia diharu birukannya, hancur musnah Palestin di tangan mereka. Syeikh Ahmad Yasin, Dr Rantisi terbaru Nizar Rayyan, pimpinan HAMAS yang menjadi musuh utama mereka.
Ketika tulisan ini ditulis sudah seminnggu Yahudi melancarkan serangan terbaru selepas gencatan senjata tamat baru-baru ini. Alasan mereka sama seperti dahulu kala, ‘mempertahankan diri’. 40 tahun akan datang juga pasti alasan yang sama. Seluruh dunia Islam tersentak dengan serangan terbaru ini, hampir 500 jiwa terkorban, hampir 2000 mengalami kecederaaan. Bagi yahudi zionis nyawa penduduk Islam tidak ada nilai satu sen pun. Dalam keadaan huru hara ini masih ada lagi Negara umat Islam yang berjiran tidak sedar dengan apa yang berlaku. Malah tidak berminat langsung untuk membantu saudara seakidah mereka di Palestin. Itulah realiti dunia Islam hari ini. Semuanya mementingkan kelangsungan bangsa bukan kelangsungan agama. Kerana itu jiwa mereka tidak tersentuh biar sejuta rakyat palestin terbunuh sekalipun. Bagi mereka Palestin adalah Palestin, Saudi adalah Saudi, Mesir adalah Mesir, tiada pertalian.
Bagi kita bagaimana? Berdiam diri?berpeluk tubuh? Biarkan sahaja? Atau solat hajat?derma jihad?sertai NGO menyokong Palestin?sertai MIsi bantuan Palestin?menyedarkan masyarakat tentang isu Palestin?berdoa?boikot barangan US dan Israel?Demonstari?.......... banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu perjuangan rakyat Palestin.. jangan kerana tidak berlaku apa-apa perubahan di Palestin kita terus membisu seribu bahasa. Berputus asa bukan ciri seorang muslim.. Doa senjata seorang mukmin..
Tuesday, November 18, 2008
Pemilik Hati Firdaus........
1. Seseorang yang sangat khusyuk di dalam solatnya.
2. Seseorang yang sentiasa menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia.
3. Seseorang yang tidak lupa menunaikan kewajipan berzakat.
4. Seseorang yang sentiasa memelihara maruahnya.
5. Seseorang yang sentiasa memelihara amanah dan janji-janjinya.
6. Seseorang yang memelihara kewajipan solatnya.
Ciri-ciri yang disebutkan ini boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang meletakkan harapan untuk bertakhta di hati firdaus. bukan itu sahaja, ciri-ciri tersebut juga boleh dijadikan garis panduan untuk memilih calon Isteri, calon suami, sahabat dan pemimpin.
Untuk memahaminya dengan lebih jelas, ringankan jari jemari untuk menyelak helaian al-Quran di halaman 342. Anda akan tahu siapa, kenapa, bagaimana dan apa yang saya maksudkan dengan "pemilik Hati Firdaus".......































