Welcome to my world

Welcome to my world

Thursday, October 9, 2008

Negara Islam

Isu Negara Islam sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan di semua peringkat masyarakat, samada yang berada di hulu kampung ataupun yang berada di tengah-tengah kota. Pelbagai hujah dan pandangan diberikan bagi menjelaskan bentuk Negara Islam. Bagi rakyat Malaysia, perkara ini sedikit sebanyak membuka masyarakat untuk terus melebarkan tahap penguasaan dan keterbukaan mereka terhadap ilmu-ilmu yang dianggap baru dalam kehidupan masyarakat hari ini. Sirah rasul wajar diselongkar bagi melihat kebenaran agar penyakit kekeliruan ini dapat dibersihkan seterusnya menyuburkan kefahaman Islam yang sebenar tentang Negara Islam ini. Negara madinah sebagai negara Islam pertama dalam sejarah melalui perlembagaan bertulis pertama seumpanya di dunia telah menggariskan ciri-ciri yang perlu dan sewajarnya ada di dalam sesebuah Negara yang mahu diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam. Ulama-ulama kontemporari dan tradisional juga turut tidak berkecuali dalam memperkatakan isu ini antaranya al.mawardi dan juga ibn taimiyah.


Berikut ciri-ciri bagi sesebuah negara yang dikatakan Negara Islam :

(a) Negara berdaulat

Kedaulatan sesebuah negara merupakan tonggak utama. Kedaulatan negara boleh dicapai melalui kesetiaan kepada kepimpinan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang selama mana tidak bercanggah dengan perintah Allah.

(b) Agama yang diikuti

Sebagai sebuah negara bertunjangkan agama, kepercayaan kepada Allah yang maha kuasa merupakan ciri utama. Setiap rakyat seharusnya mentaati agama masing-masing. Kepada penganut Islam, mereka tiada pilihan kecuali menghayati ajaran agama Islam dalam segenap aspek kehidupan.

(c) Melaksanakan syariah bagi menjamin asas kehidupan

Asas-asas kehidupan terdiri dari lima perkara iaitu :

i- Agama/kepercayaan

ii- Nyawa

iii- Akal

iv- Maruah dan keturunan

v- Harta benda


Dengan perlaksanaan hukum syariah, semua jenayah yang melibatkan lima perkara asas tersebut akan dapat dikawal. Undang-undang ciptaan manusia terbukti gagal memberikan jaminan keselamatan dan kehormatan sebenar.

(d) Kesetiaan kepada negara

Rakyat dituntut memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan negara selagi mana tidak bercanggah dengan kehendak syarak. Jika pemimpin gagal memikul amanah kepimpinan, rakyat berhak untuk menarik balik ketaatan mereka.

(e) Pertanggungjawaban dan ketelusan

Rakyat berhak mempersoalkan ketelusan kepimpinan di semua peringkat. Pemimpin bukan saja dipersoalkan oleh rakyat dan institusi hisbah tetapi juga akn dipersoalkan oleh Allah pada hari kiamat.

(f) Menegakkan makruf dan mencegah kemungkaran

Prinsip menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran akan dihidupkan dalam masyarakat sehingga menjadi tanggungjawab seluruh warganegara. Seluruh warganegara akan menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam kehidupan berkeluarga bermasyarakat dan bernegara. Prinsip ini menjadi ciri penting yang membezakan antara sebuah negra Islam tulen dengan negara Islam tiruan.

(g) Negara berkebajikan

Negara Islam sangat mengambil berat kebajikan rakyat. Pemimpin akan sedia mendengar segala masalah rakyat. Pemimpin adalah khadam kepada rakyat.


(h) Syura berparlimen dan raja berperlembagaan

Negara Islam akan memperkukuhkan amalan syura berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia berpaksikan ajaran Islam.

(i) Pembangunan bersepadu, progresif dan mesra teknologi.

Aspek pembangunan fizikal akan disepadukan dengan kerohanian untuk membentuk sebuah negara progresif berdasarkan kemajuan teknologi terkini.


No comments:

Nasyid FM

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP