Welcome to my world

Welcome to my world

Friday, October 10, 2008

Pembinaan Keluarga Islam

Dalam usaha membina keluarga bahagia kita sebaiknya melihat kepada contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Menjadi impian semua manusia yang beriman untuk memiliki keluarga bahagia epertimana keluarga Rasulullah. Setiap ujian yang datang ditempuh dengan penuh bijaksana. Rasulullah memainkan peranan yang sangat berkesan dalam mendidik dan membentuk keluarga baginda. Isteri-isteri baginda sentiasa menjadi pendokong setia setiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Akhlak seseorang samaada isteri mahupun suami menjadi penentu keharmonian rumahtangga. Kedua-dua pihak perlulah berakhlak dengan akhlak Islam. Apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah wajar dijadikan suri teladan untuk setiap manusia. Rasulullah dalam rumahtangga Baginda :

1 Bersikap adil dan bersederhana.


Aspek pertama kehidupan Baginda adalah kesederhanaan dalam bertempat tinggal, nafkah, pakaian, rumah, kunjungan dan pembahagian waktu. Diantara isteri Baginda ada yang jelita, tua, muda dan ada yang kecantikannya sederhana. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyimpang dari garis keadilan. Setiap isteri mendapat mendapat bahagian satu malam. Ketika baginda sakit, baginda tidak mahu menetap di rumah seorang diantara mereka kecuali setelah isteri-isteri Baginda memberi keizinan sebagai contoh ketika Baginda sakit tenat di penghunjung usia Baginda. Apabila Rasulullah akan bermusafir, Baginda akan melakukan undian supaya isteri-isteri baginda yang tidak terpilih untuk bermusafir dengan baginda tidak berkecil hati. Dengan keadilan sedemikian rupa allah masih memberi pengampunan walaupun Baginda tidak mampu berbuat adil dalam menumpahkan kasih sayang Baginda.


2. Sentiasa bermusyawarah


Sudah menjadi sunnah dalam Islam kita memerlukan antara satu sama lain. Wanita dan lelaki mempunyai hak dan peranan masing-masing dan menjadi pelengkap kepada keutuhan rumahtangga. Inilah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Rasulullah sentiasa mengajak isterinya bermusyawarah dan mereka dibenarkan mengkritik bahkan ketika ingin menambahkan bilangan isteri Rasulullah juga berbincang dan meminta persetujuan isteri-isterinya terlebih dahulu. Dalam satu peristiwa penting berkaitan perjanjian hudaibiyah, Rasulullah juga turut bertanyakan pandangana isterinya iaitu Ummu Salamah. Dalam perintiwa tersebut rasululah meminta kepada umat Islam untuk memotong rambut (bertahalul) dan menyembelih korban sebagai tanda perjanjian damai dengan Quraisy. Namun umat Islam tidak mengikut perintah tersebut lalu Rasulullah meminta pandangan Ummu Salamah yang telahpun melihat gelagat Rasulullah dan para sahabat dalam keadaan tersebut. Ummu salamah kemudiannya mencadangkan agar Rasulullah terlebih dahulu melakukannya. Baginda terus melakukannya dan diikuti oileh para sahabat yang sebelumnya tidak bersetuju dengan perintah tersebut.


3. Bertindak secara bijaksana


Isteri-isteri Baginda mempunyai sifat cemburu sepertimana lazimnya seorang wanita. Masing-masing berusaha untuk memikat hati Baginda, kerana kecumburuan itu, kadang-kadang mereka melakukan perbuatan yang kurang menyenangkan. Rasulullah sentiasa bersabar menghadapi tingkah laku isteri-isteri Baginda tetapi sekiranya kelakuan mereka terkeluar daripada nilai-nilai akhlak yang murni maka Baginda akan bertindak membendung perkara tersebut dengan memberi keterangan yang lengkap supaya perkara sedemikian tidak berulang.

No comments:

Nasyid FM

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP