Welcome to my world

Welcome to my world

Wednesday, October 22, 2008

Ekonomi Islam

Perbezaan Dasar Sistem Ekonomi Islam dan Konvensional

Perbezaan dasar antara ekonomi Islam dan konvensional boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu:

1.Sumber (epistemology)

Sebagai sebuah addin yang syumul, sumbernya berasaskan kepada sumber yang mutlak iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Kedudukan sumber yang mutlak ini menjadikan Islam itu sebagai suatu agama (addin) yang istimewa berbanding dengan agama-agama ciptaan lain.

Al-Qur’an dan al-Sunnah ini menyentuh kita mempraktikkan ajaran wahyu tersebut dalam semua kehidupan termasuklah soal muamalat. Perkara-perkara asas muamalat dijelaskan di dalam wahyu yang melibatkan suruhan/galakan dan larangan.

Suruhan seperti makan dan minum menjelaskan tentang tuntutan keperluan asasi manusia, Penjelasan Allah s.w.t tentang kejadianNya untuk dimanfaatkan oleh manusia (Yasin ayat 34-35. 72-73) (an-Nahl ayat 5-8, 14, 80) menunjukkan bahawa alam ini disediakan begitu untuk dibangunkan oleh manusia sebagai Khalifah Allah (al-Baqarah ayat 30).

Larangan-larangan Allah s.w.t seperti riba (al-Baqarah ayat 275) perniagaan babi, judi, arak dan lain-lain kerana perkara-perkara tersebut menceroboh fungsi manusia sebagai khalifah tadi. Oleh itu sumber rujukan untuk manusia dalam semua keadaan termasuklah ekonomi ini adalah lengkap. Kesemuanya itu mejurus kepada suatu paksi iaitu pembangunan seimbang rohani dan jasmani manusia berasaskan tauhid. Manakala ekonomi konvensional pula ianya tidak bersumber atau berlandaskan wahyu. Oleh itu ianya lahir dari pemikiran manusia yang boleh berubah bila-bila masa sahaja berdasarkan pengalaman atau maklumat yang baru.

Kalau ada ketikanya diambil dari wahyu tetapu akal memprosesnya mengikut selera manusia sendiri kerana halatujunya ialah endapat pengiktirafan manusia bukan mengambil kira pengiktirafan Allah SWT. Itu bezanya antara sumber wahyu dengan sumber akal manusia atau juga dikenali sebagai falsafah yang lepas bebas dari ikatan wahyu.

Tunjang yang tidak sama akan melahirkan implikasi yang berbeza kerana pakar ekonomi Islam bertujuan untuk mencapai al-falah di dunia dan akhirat, manakala pakar ekonomi sekular cuba menyelesaikan segala kemelut yang timbul tanpa ada pertimbangan mengenai soal ketuhanan dan keakhiratan tetapi keutamaannya hanyalah untuk kemudahan manusia di dunia sahaja.

2.Halatuju Kehidupan :

Halatuju ekonomi Islam membawa kepada konsep al-falah (kejayaan) di dunia dan akhirat tetapi ekonomi sekular untuk kepuasan di dunia sahaja. Ekonomi Islam meletakkan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini di mana segala bahan-bahan yang ada di bumi dan di langit adalah dipermudahkan untuk manusia.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan jua untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda bagi kaum yang mahu mengingati ni’mat Allah itu.” (Surah al-Nahl ayat 12 – 13)

Kesemuanya adalah bertujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T sama ada berkaitan dengan soal ibadat yang khusus atau ibadat yang umum. Manusia merupakan makhluk yang tidak boleh bersendirian. Oleh itu dalam soal pemilikan harta terdapat harta milik individu dan juga terdapat hak-hak harta yang menjadi hak masyarakat umum. Oleh itu sebarang pencabulan atau pencerobohan kepada hak milik orang lain adalah suatu kesalahan.



No comments:

Nasyid FM

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP